TASKS GGGE6543 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Task  1: Self – Introduction

Made with Padlet

Task 2: E- Pembelajaran

a)  Terangkan 3 kelebihan e-pembelajaran:

  • Mudah dicapai: Pensyarah dan pelajar dapat menggunakan aplikasi e-pembelajaran dengan mudah walaupun berada di mana sahaja dengan adanya Internet. Hal ini kerana e-pembelajaran dapat dicapai oleh pengguna tanpa dibatasi oleh jarak, waktu dan tempat.
  • Pengalaman peribadi dalam pembelajaran: Pelajar mendapat peluang untuk memilih bahan-bahan yang ingin digunakan dalam pembelajaran, memilih waktu yang lapang untuk mendalami ilmu, berusaha untuk melangkah dengan maju mencari bahan-bahan yang berkaitan serta dapat mengumpulkan dan memproses ilmu yang telah diterima menerusi laman tertentu.
  • Mengurangkan pembiayaan: Melalui e-pembelajaran , secara logiknya ia dapat mengurangkan bahkan menghilangkan beban biaya untuk pembelajaran, pembinaan kelas-kelas dan juga dapat mengurangkan waktu yang dihabiskan pelajar untuk menghadiri kuliah bersemuka.

b)  Nyatakan 2 contoh platform untuk e-pembelajaran:

  • MOOC
  • Blendspace

c)  Huraikan bagaimana platform dalam (b) dapat digunakan untuk pembelajaran secara atas talian dengan efektif:

  • MOOC:  Memandangkan semua kursus-kursus yang ditawarkan adalah percuma, maka pelajar dapat mengakses  kepada kursus yang diminati dan sesuai dengan mereka. Selain itu, terdapat pensyarah/penilai bagi setiap kursus untuk mengawasi MOOC tertentu. Pelajar juga perlu menghasilkan tugasan serta mengambil peperiksaan untuk penilaian bagi sesetengah kursus yang ditawarkan. Sijil ‘completion’ juga ditawarkan oleh beberapa laman MOOC jika pelajar dapat melengkapkan module dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ini menjadi pembelajaran yang efektif dengan ada nya pengawasan penilai bagi setiap kursus MOOC tersebut.
  • Blendspace:  Platform ini juga percuma kepada pelajar, pensyarah dan juga sekolah. Pensyarah dapat memuat naik bahan-bahan pengajaran berbentuk visual dan multimedia dengan mudah dari ‘resource’ yang berlainan. Pelajar mendapat peluang untuk belajar dengan cara yang lebih menarik kerana adanya visuals, audio serta video. Ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar juga. Pensyarah juga boleh melihat progres setiap pelajar dengan adanya ‘lesson tracker’.

Task 3: Pembentangan Multimedia

https://present.me/embed/922/400/430175-GGGE6543“>https://present.me/embed/922/400/430175-GGGE6543

Task 4: OER

1. Apakah yang dimaksdukan dengan OER?

-> OER bermaksud Sumber Pendidikan Terbuka. Manakala dalam Bahasa Inggeris nya pula bermaksud ‘Open Education Resources’. Ia merupakan salah satu sumber yang membantu untuk sesi pembelajaran dan pengajaran. Ia juga merupakan sumber-sumber penyelidikan yang secara bebas tersedia untuk digunakan. Yang penting,pendekatan pendidikan terbuka bermaksud banyak OER yang telah dikaji semula secara rasmi atau tidak rasmi oleh komuniti pendidik. OER juga boleh dimuat turun, digunakan semula atau disesuaikan untuk memenuhi aktiviti pengajaran atau pembelajaran tertentu bergantung kepada lesen nya.

2. Nyatakan satu contoh OER?

-> MIT OpenCourseWare Project  (http://ocw.mit.edu/index.htm)

Pada masa ini 2,000 kursus dengan purata kira-kira 1 juta pengguna sebulan. Program MIT adalah salah satu daripada perintis awal pergerakan OCW bermula 2001, tepat pada masa yang sama Wikipedia dilancarkan. Matlamat MIT bagi dekad yang akan datang ialah untuk meningkatkan capaian 10 kali ganda, mencapai 1 bilion mida.

3. Bagaimanakah penggunaan OER dijadikan sebagai satu inovasi dalam dunia pendidikan? 

-> OER dapat dijadikan sebagai satu inovasi dalam dunia pendidikan dimana rata-rata semua pihak dapat mengurangkan kos daripada menggunakan bahan material seperti buku teks.Hal ini kerana OER dapat digunakan dan dicapai dengan percuma. Ia juga dapat diakses secara meluas di mana sahaja dengan ada nya ‘Internet’. Ini dapat meluaskan pengetahuan serta membantu meningkatkan pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan.

4. Bagaimana isu-isu berkaitan hakcipta ditangani dalam penggunaan OER? 

-> OER mempunyai bahan-bahan yang bersifat secara terbuka. Ini bermakna sesiapa sahaja yang mengakses, mereka mempunyai hak yang rasmi, sah dan bebas untuk menyalin, menggunakan dan menyesuaikan diri. Jika terdapat sumber OER yang  tidak dinyatakan hak cipta oleh pemilik-pemilik, maka is boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja tanpa ada syarat tertentu.